ARTIKEL

Pemain Machan FC bersemangat ketika sesi latihan. Foto: Machan FC

LIGA A1 SEMI-PRO 2024Machan FC mahu kejutkan Imigresen FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Status selaku juara bertahan Liga M3 2023 yang ada pada skuad Imigresen FC, bukan menjadi hambatan buat pemain Machan FC untuk beroleh sebarang mata pada pertemuan di Stadium UKM Bangi petang esok (4:45 petang).

Sebaliknya, pengemudi skuad terbabit, S. Balachandran melihat peluang untuk anak-anak buahnya melakukan kejutan tetap terbuka.

Malah, optimis keupayaan mencipta kemenangan ke atas pasukan tuan rumah itu.

“Memang kita tahu perlawanan menentang Imigresen FC petang esok dilihat sebagai cabaran besar buat pemain.

“Namun, saya yakin peluang untuk beroleh sebarang mata tetap ada,” ujar Bala kepada Arena Suara Sarawak.

Cuma beliau berharap barisan kesebelasan utama yang diturunkan pada perlawanan petang esok dapat mengulangi rentak cemerlang swbagai mana diperaga mereka ketika menentang Manjung City FC sebelum ini.

Aksi petang esok yang kedua buat skuad Machan FC selepas tewas tipis (1-0) ketika menentang Manjung City FC dilaman sendiri aksi buka tirai pada 8 Jun lalu.

BERITA LAIN

SUKMA XXI: 14,000 pelajar bentuk pasukan sorak

KUCHING: Seramai 14,000 pelajar sekolah dari sembilan bahagian membentuk pasukan sorak bagi memberi sokongan kepada atlet Sarawak yang bertanding di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI

BERITA TERBARU