Trending

Liga Betong 2022: Jang BS kembali temui rentak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KEMBALI TEMUI RENTAK…Barisan kesebelasan utama Jang BS yang turut diperkuat bintang sensasi, Paul Sambang (berdiri kiri sekali). – FOTO FAIZAL BUJANG

KUCHING: Skuad serba mantap, Jang BS kembali menemui rentak sebenar permainan dalam saingan Liga Betong 2022.

Aksi kedua peringkat Kumpulan A yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong hujung minggu lalu menyaksikan barisan kendalian Samsudin Suhaili berjaya meraih tiga mata berharga.

Ia selepas kemenangan tipis (3-2) dicatat ke atas seteru utama mereka, Saribas United.

Bekas penyerang sensasi Kuching City FC (KC FC), Paul Sambang muncul wira Jang BS apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-64.

Sebelum itu, Paul Sambang terdahulu meletakkan Jang BS di depan menerusi gol cantik dihasilkannya pada minit ke-4.

Gol kedua Jang BS pula hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Saribas United, Mohamad Amirul Azwa pada minit ke-43.

Sementara itu, dua gol Saribas United dijaringkan oleh Zuhnun Akmal Kamari minit ke-13 dan Mohamad Ijat Sajeli minit ke-19.

“Cukup gembira dengan kemenangan diperoleh para pemain dengan tiga mata berharga,” ujar Pengurus Jang BS, Nik Khalid Satar ketika mengulas persembahan pasukannya.

Menurut Nik, pemain berjaya menterjemah strategi perlawanan dengan baik sepanjang saingan.

“Walaupun diberi tentangan sengit pemain pasukan lawan, namun tekanan tersebut berjaya diatasi oleh barisan kesebelasan utama yang diturunkan,” ujarnya.

Apa pun tegas Nik, kemenangan diperoleh itu berjaya membangkit kembali semangat anak-anak buahnya untuk menghadapi baki perlawanan lain selepas ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru