Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Liga Betong belum tetap tarikh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PRESIDEN BDFA...Abang Suhordie.

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu pihaknya masih belum dapat memberi gambaran tarikh bermula Liga Betong 2023.

Bagaimanapun, badan induk berkenaan bercadang memulakan kejohanan berprestij itu pada bulan Oktober atau selewat-lewatnya bulan November.

“Kita belum dapat memberi gambaran tarikh memulakan liga tersebut. Namun besar kemungkinan ia akan dilangsungkan pada bulan Oktober atau awal November,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memberitahu, saingan liga itu terpaksa bermula lewat ekoran tidak mahu berlaku pertembungan dengan program lain.

“Seperti diketahui badan induk tertinggi (FAS) juga mempunyai program atau kejohanan sepanjang tahun ini.

“Oleh itu, kita tidak mahu berlaku pertembungan sekali gus menimbulkan masalah nanti,” tambah Abang Suhordie lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru