Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

LIGA BOLA SEPAK ZON TENGAH SARAWAK 2022: Landas benam Fourtynine Ngemah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pasukan pilihan...Pemain pasukan Landas.
Pasukan pilihan…Pemain pasukan Landas.

KUCHING: Pasukan Landas menjadi pasukan menarik perhatian selepas berjaya memperagakan aksi menarik sempena pembukaan tirai saingan Kumpulan D, Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2022.

Aksi pertama skuad kendalian Shamsul Napiah membuktikan pasukan tersebut antara pesaing hebat dengan mencatat kemenangan besar (5-0) ke atas Fourtynine Ngemah di Kompleks Sukan Kanowit.

Pemain sayap, Muhd Syazwan Busrah menghidupkan perlawanan selepas berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan pada minit ke-17 sebelum menambah derita lawan dengan jaringan kedua pada minit ke- 25.

Fourtynine Ngemah sekali lagi dihukum dengan gol ketiga lawan disumbangkan oleh Mohammad Firdaus minit ke-35 menjelang babak pertama perlawanan.

Manakala dua lagi gol masing-masing dijaringkan oleh Hamka Bujang pada minit ke-68 dan Adam Fahmi Iskanda minit ke-89.

Pengurus pasukan, Sonie Sekan, menegaskan anak-anak buahnya berjaya menterjemah pelan permainan dengan begitu baik sepanjang saingan.

“Tiga mata yang amat bermakna bagi kami sekali gus menjadi kemenangan pertama buat pasukan.

“Diharap momentum ini dapat dikekalkan menjelang perlawanan seterusnya dan sememangnya kita mahukan persembahan terbaik dapat diterjemahkan oleh setiap pemain yang diberi tanggungjawab,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, beberapa perlawanan lain yang berlangsung sama pada hujung minggu lalu turut menjadi tumpuan.

Pasukan Manchan FC turut berjaya memperoleh tiga mata mutlak selepas membelasah Pelawan FC dengan jaringan (5-0).

Berbanding kemenangan tipis (3-2) dicatat pasukan 7DFC ke atas Repok STR.

Kejohanan terbabit menghimpunkan sebanyak 14 pasukan yang akan merebut hadiah wang tunai RM30,000 beserta piala dan pingat menanti sang juara.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News