ARTIKEL

Liga Hoki Dalam Dewan: Penguasaan hebat pasukan pilihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Liga Hoki Dalam Dewan Antara Bahagian, Peringkat Negeri Sarawak 2023 menyaksikan pasukan Betong dan Pasukan Kuching masing-masing mengungguli kategori bawah 17 tahun lelaki dan wanita. 

Berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu bermula dari 1 hingga 3 Disember lalu, beberapa kategori mengikut peringkat umur berbeza telah dipertandingkan dengan menyaksikan penguasaan pasukan pilihan.

Bagi kategori Bawah 17 Tahun lelaki, tempat kedua milik pasukan Kuching, manakala tempat ketiga dan keempat milik pasukan Mukah dan Sibu.

Sementara itu, pasukan Serian mendapat tempat kedua kategori Bawah 17 Tahun Wanita serta pasukan Betong dan Kapit masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Dalam pada itu, pasukan Betong turut mengungguli kategori Bawah 15 Tahun Lelaki.

Selain itu, pasukan Mukah, Serian dan Sibu masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.

Bagi kategori Bawah 15 Tahun Wanita pula, gelaran juara milik pasukan Serian, tempat kedua milik pasukan Betong, tempat ketiga dan keempat milik pasukan Sibu dan Mukah.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

LAIN-LAIN BERITA

Tze Yong cedera tulang belakang

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, mengalami kecederaan tulang belakang dan cakera semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan

12 pasukan sertai Kejohanan Kabaddi Kebangsaan

KUCHING: Kejohanan Kabaddi Peringkat Kebangsaan (3 Star) 2024 yang akan berlangsung di pusat beli-belah AEON Kuching menyaksikan pertembungan 12 pasukan dari seluruh Malaysia. Kejohanan tiga

Kejohanan futsal tawar hadiah RM1500

KUCHING: Kejohanan Futsal Piala DUN Bukit Semuja 2024 bakal berlangsung di pada 2 hingga 3 Mac ini. Kejohanan tersebut anjuran Pusat Khidmat N.23 Bukit Semuja,

BERITA TERBARU

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II