Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Liga Hoki Dalam Dewan Serian 2022: Penguasaan pasukan pilihan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERAKHIR SAINGAN...Semua pemain terlibat sempat bergambar sebagai kenangan.
BERAKHIR SAINGAN…Semua pemain terlibat sempat bergambar sebagai kenangan.

KUCHING: Kempen Liga Hoki Lima Sebelah Dalam Dewan Zon Serian 2022 yang berlangsung di Dewan Tertutup Bola Keranjang Serian hujung minggu lalu menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan.

Enam kategori dipertandingkan dengan menghimpunkan 37 pasukan.

Pasukan TAR Resilient muncul juara kategori lelaki 30 tahun ke bawah, manakala Spikle Wing HT dan Quarda IOS HT masing-masing muncul pemenang tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori wanita 30 tahun ke bawah pula, pasukan Nohom muncul juara. Comback dan Reunite HC masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, pasukan Serian Ninja mengungguli kategori lelaki 17 tahun Kke bawah. TE Hoki dan Tebedu Onlai menduduki tempat kedua serta ketiga.

Dalam pada itu, pasukan Tebakang Sweet 17 muncul juara kategori wanita 17 tahun ke bawah. Diikuti pasukan Tebedu Star dan Qwerty Serian yang sekadar berpuas hati menduduki tempat kedua dan ketiga.

Manakala pasukan KA Hoki pula mudah mengungguli kategori lelaki 15 tahun ke bawah. Selain NG Hoki dan Tebedu Bro masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Sambil itu, pasukan KHG Girls pula muncuk juara kategori wanita 15 tahun ke bawah. Di samping tempat kedua dan ketiga milik pasukan Serian Awesome dan Tebakang Sweet 15.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Pegawai Pembangunan Sukan Hoki Dan Angkat Berat Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Mohamad Amirul Zaini.

Liga tersebut merupakan anjuran SSC dengan kerjasama Persatuan Hoki Negeri Sarawak (PHNS).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru