ARTIKEL

Liga Jemputan Akademi B-12: Lapan pasukan berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lapan pasukan akan beradu nasib bagi pemburuan gelaran juara Liga Jemputan Akademi Bawah 12 Tahun CASCARA 2023 yang akan bermula 16 Disember ini.

Pengerusi Kejohanan, Azaree Mohamed memberitahu, pasukan terbabit ialah Cascara Junior, Axis Academy, SJN Academy, Al-Mateen Academy, Akademi Samarahan, Akademi SK Tambirat, PFA Odin Academy dan Caa Gee Baa Academy.

Menurutnya, liga anjuran Kelab Cascara Junior yang berlangsung di Padang Sintetik Arena 
Cascara, Kuching membabitkan pasukan jemputan peringkat umur tersebut mewakili pelbagai akademi sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

“Saingan akan bermula pada 16 Disember ini dan akan tamat pada 21 Januari 2024,” ujar Azaree kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, liga dengan format satu pusingan (round robin) adalah julung kali dianjurkan di Sarawak dan turut mendapat kerjasama menerusi tajaan beberapa pihak seperti Cascara, Jurudaya, BNN Environmental, ZZ carwash dan Saif Builders.

“Hadiah menarik menanti tiga pasukan terbaik iaitu juara akan menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat.

“Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM700 dan RM500
termasuk piala dan pingat,” jelas Azaree lagi.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU