SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023: Pemain SU FC berlatih sendirian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KETUA JURULATIH... S.Balachandran.

KUCHING: Situasi berbeza dilalui pemain Sarawak United FC (SU FC) dalam mengekalkan tahap kecergasan diri mereka apabila kini berlatih secara sendiri sepanjang bulan Ramadan.

Ketua jurulatihnya S.Balachandran berkata, anak-anak buahnya kini berlatih secara sendirian sepanjang bulan Ramadan ini untuk meneruskan perjuangan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023.

“Memandangkan tempoh rehat yang agak panjang, saya telah menyediakan program latihan kepada mereka.

“Bagaimanapun, erubahan jadual latihan membabitkan pemain ini berstatus sementara dan kembali normal selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Skuad Sarawak United masih gagal mencatat kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan.

Tumpas (3-0) menentang Harini Selangor FT di Stadium UPM Serdang (4 Mac), Tewas (2-0) menentang Bukit Tambun FC di Stadium Mini Bertam, Pulau Pinang (11 Mac).

Selain turut memgalami kekalahan (2-0) menentang Malaysia University di Stadium Negeri, Petra Jaya (18 Mac).

Perlawanan seterusnya Sarawak United akan menentang Naga Ultimate KS FC pada 6 Mei di Stadium Negeri, Petra Jaya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru