Trending

Liga M4: Berakhirnya perjuangan Machan FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
REMBAT....Penyerang Machan FC, Rozaimi Abdul Rahman (kanan) cuba melepaskan rembatam ke arah pintu gol UiTM United. - FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Skuad Machan FC kempunan untuk melangkah ke pentas final Liga M4 (Al-Ikhsan Cup) 2023.

Anak-anak buah Andrew Lawadin tewas dengan jaringan 4-0 pada aksi separuh akhir menentang UiTM United di Stadium Negeri, Petra Jaya, hari ini.

Sekali gus, kekalahan tersebut meranap impian Machan FC untuk naik takhta bersaing dalam kancah Liga M3 musim depan.

Prestasi hebat pasukan lawan yang bertunjang dengan kecemerlangan ketua pasukan, Ahmad Haikal Haziq Ubaidillah yang berjaya menjaringkan dua gol minit pada ke-7 dan ke-52.

Sambil dua lagi gol UiTM United dijaringkan oleh Putra Daniel Danish Andul Hanif minit ke-36 dan Muhammad Mirza Malik Mazlan minit ke-70.

Aksi tampak bertenaga dipamer barisan pemain Machan FC sepanjang saingan. Mereka sebenarnya berpeluang mengimbangi keputusan tersebut sekiranya percubaan mampu menembusi gawang pasukan lawan.

Masing-masing menerusi percubaan daripada Muhamad Hafiz Abu Bakar, Abang Nur ‘Afirman Abang Norazman, Rozaimi Abdul Rahman dan Paul Sambang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru