ARTIKEL

Liga M4: Machan FC buru kemenangan ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gergasi serba mantap, Machan FC siap sedia untuk berdepan Maqarize FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang esok.

Turun dengan misi untuk beroleh kemenangan ketiga bagi mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kempen Liga M4 2023.

Presiden Kelab Bola Sepak Machan FC, Azizie Fauzi mengakui pemainnya bakal berdepan tugas mencabar untuk aksi ketiga itu.

“Kita turun dengan satu misi, mahu memastikan kemenangan mutlak.

“Para pemain sudah siap sedia, seakan tidak sabar untuk melangsaikan tugas sepanjang tempoh 90 minit nanti,” ujar Azizie kepada Arena Suara Sarawak.

Tegasnya, prestasi hebat dipamer barisan pemain pada dua perlawanan sebelum ini.

Lantas, Azizie turut berharap barisan kesebelasan utama diturunkan petang esok dapat mengekalkan momentum sama bagi memasti tiga mata yang begitu dihajati berada dalam genggaman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di