Trending

LIGA M4: Machan FC ke suku akhir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kelab handalan, Machan FC mencipta sejarah tersendiri mara ke suku akhir Liga M4 2023 apabila memperoleh tiga mata berharga menerusi kemenangan besar (5-2) ke atas STR FC, petang semalam.

Anak-anak buah Andrew Lawadin yang semakin digeruni kredibiliti mereka ketika ini hanya memerlukan satu mata untuk memuktamad kedudukan mereka layak  bersaing di peringkat lapan terbaik itu.

Kemenangan tersebut yang menyaksikan Machan FC mengekalkan penguasaan di tangga Zon 3 Borneo mengumpul 13 mata selepas mengharungi lima perlawanan setakat ini.

Sentuh penyudah bekas penyerang kebangsaan kelahiran Sabah, Mohd. Rozaimi Abdul Rahman  nyata masih berbisa apabila meledak hatrik minit ke-23, 32 dan 74.

Sambill dua lagi gol dijaringkan oleh Mohd. Afiq Yunus minit ke-47 dan Paul Sambag minit ke-69.

Manakala, dua gol STR FC dijaringkan oleh Steven Nestaroy minit ke-6 dan Luqman Hakim minit ke-56.

Presiden Kelab Bola Sepak Machan FC, Azizie Fauzi nyata gembira dengan kemenangan yang diperoleh pemainnya.

Menurut Azizie, tiga mata yang diperoleh pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Bintangor itu memastikan mereka layak ke suku akhir.

“Syabas kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai dengan kemenangan yang diperoleh pada perlawanan tersebut,” kata Azizie kepada Arena Suara Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru