Trending

Kemenangan ketiga Machan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kelab handalan, Machan FC tidak berdepan masalah memastikan tiga mata berharga selepas menumpaskan Mukah YT FC (2-0) pada perlawanan yang berlangsung di Padang D, Petra Jaya petang tadi.

Bintang import kelahiran Sabah yang juga bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman muncul wira pasukannya apabila meledak kedua-dua gol tersebut minit ke-12 dan 53.

Ia merupakan kemenangan ketiga Machan FC, mengekalkan kedudukan mereka ditangga teratas Zon 3 Borneo menggumpul 10 mata selepas mengharungi empat perlawanan.

“Kemenangan yang amat bermakna bagi kami. Syabas kepada semua pemain kerana telah melaksana tugas dengan sempurna sekali.

“Pemain berjaya menterjemah strategi yang diguna pakai dengan baik sepanjang perlawanan,” kata Presiden Kelab Bola Sepak Machan FC, Azizie Fauzi kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, pemain berjaya memanfaat peluang yang dimiliki dengan begitu baik sekali walaupun turut diberi tentangan pasukan lawan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru