ARTIKEL

LIGA MALAYSIA 2021: Gopi perkasakan Sarawak United

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKAS pemain Malaysia, Gopi Rizqi Rama Chandra bakal menjadi watak penting skuad Sarawak United FC (SUFC) musim depan.

Walaupun beraksi dalam Liga Premier, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu yakin ia menjanjikan saingan sengit.

“Saya pilih SUFC bukan sahaja dibarisi pemain berpengalaman, malah pernah bekerjasama dengan ketua jurulatih E. Elavarasan.

“Dengan pengalaman dan kerjasama saya yakin dapat memberikan persembahan terbaik untuk membantu kelab ini beraksi dalam Liga Super pada musim 2022.

“Beraksi dalam Liga Perdana tidak menjadi persoalan kerana ia juga tidak kurang hebatnya terutama saingan daripada pasukan yang turut menyenaraikan pemain berpengalaman.

“Dengan komitmen tinggi pengurusan kelab, saya percaya semua pemain dan barisan kejurulatihan akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini Gopi Rizqi dilamar dua pasukan, masing-masing satu pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana.

Pemain tengah berpengalaman itu berkata, kehadiran beberapa pemain berpengalaman diyakini membantu memperkasakan SUFC.

“Saya harap SUFC yang begitu komited mempersiapkan pasukan ini akan meraih kejayaan yang membanggakan,” katanya.

Selain Gopi SUFC dibarisi pemain berpengalaman iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Christie Jayaseelan dan Amer Saidin.

Manakala tiga import aning ialah Taylor Regan, Lee Chang Hoon dan Sandro Mendonca.

Gopi mula menyertai Liga M bersama Pahang pada 2010-2015, Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020).

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU