ARTIKEL

Oday Kharoub

Liga Malaysia: Oday anggap KDN FC pasukan ‘underdog’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Pemain import Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Oday Kharoub menganggap pasukannya akan turun selaku ‘underdog’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

Justeru, pemain import dari Palestin itu mengakui sebagai pasukan bukan pilihan, mereka perlu melipatgandakan usaha dan tidak memberikan laluan mudah kepada pasukan lain.

“Kita (pemain) perlu menunjukkan kekuatan supaya setiap pasukan akan sentiasa berwaspada dengan kelebihan yang kita miliki.

“Sekarang, latihan berjalan dengan lancar, tempoh ini sangat penting sebagai persediaan kerana semua usaha kerja adalah 100 peratus berbentuk fizikal bagi mencapai tahap kesediaan tertinggi sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia,” katanya menerusi penterjemah kepada Bernama, baru-baru ini.

Oday turut menuntut rakan sepasukan menetapkan matlamat tinggi supaya setiap kelab yang beraksi dalam Liga-M sentiasa berfikiran bahawa adalah sukar apabila menentang KDN FC.

“Sebagai pemain import sudah jelas cabaran utama adalah membantu KDN FC menjadi pasukan yang kuat dalam setiap perlawanan,” katanya.
Oday berkata beliau juga tidak berdepan masalah berkomunikasi dengan rakan sepasukan selama berada hampir tiga bulan di bumi Kelantan.

“Sekarang, saya masih menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan bukan menjadi masalah. Setiap pemain tahu tugas masing-masing. Ini sangat memudahkan komunikasi dengan melaksanakan setiap arahan daripada jurulatih,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

KDN FC terima tajaan daripada syarikat Jepun

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menerima tajaan bernilai RM200,000 daripada syarikat dari Jepun, ROHM Electronics Sdn Bhd, bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025. Presiden KDN

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau