Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Liga Miri 2022 himpunkan 16 pasukan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PRESIDEN PBBM...Nazri Ahmad Lai.

KUCHING: Kempen Liga Miri 2022 yang dijangka bermula pada awal bulan Julai nanti akan menghimpunkan 16 pasukan.

Bagaimanapun kata Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBBM) Nazri Ahmad Lai, tarikh untuk penganjuran liga berkenaan belum dimuktamadkan lagi.

“Apa yang pasti cadangan kita untuk memulakan saingan Liga Miri 2022 adalah pada bulan Julai nanti.

“Menariknya, ia mungkin menghimpunkan 16 pasukan terdiri dari kelab-kelab sekitar Miri,” ujar Nazri kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, perlawanan dijalankan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) selain cuti umum.

“Seperti mana biasa semua perlawanan akan berlangsung pada hujung minggu serta cuti umum,” tambah beliau lagi.

Kata Nazri, pihaknya akan mengeluarkan pekeliling berhubung syarat dan format setelah mengadakan mesyuarat dengan barisan exco.

Dalam perkembangan sama, Nazri akui PBBM juga akan menganjurkan pelbagai kursus seperti kursus pengadil dan jurulatih.

Jelas beliau, usaha menganjurkan kursus tersebut bagi memperkasakan program sepanjang tahun PBBM sekali gus dlianggap sebagai landasan terbaik meningkatkan pembangunan sukan bola sepak di Bahagian Miri.

PRESIDEN PBBM…Nazri Ahmad Lai.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News