ARTIKEL

Liga Penalti Malaysia: Zaras FC juara Zon Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UNTUK KENANGAN…Awang Putrayusrie Awang Redzuan (tengah) merakam gambar bersama pemenang.

KUCHING: Zaras FC dinobat selaku juara Liga Penalti Malaysia Manipal International University 2023 apabila mengatasi Kuching PT dengan jaringan 3-1 di Padang D, Petra Jaya, 15 Januari lalu.

Mengatasi tujuh pasukan pada peringkat negeri STAGE 7 Sarawak yang layak ke Grand Final iaitu pasukan Kuching PT, Gasaq, Sahara United A dan B, Brakuda dan Deli FT, Zaras FC selaku juara berjaya membawa pulang wang tunai RM4,000.

Majlis perasmian telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Ketika berucap pada majlis tersebut beliau gembira dengan penganjuran pertama kali pertandingan tersebut khususnya di Sarawak.

Menurutnya, penganjuran pertandingan itu secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara semua pihak terlibat.

“Sepak penalti mudah dimainkan, saya lihat penyertaan kali ini sangat menggalakkan dengan pembabitan 52 pasukan walaupun pertama kali dianjurkan di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Putrayusrie mengakui, SSC mempunyai kemudahan padang yang cukup baik bagi membolehkan pertandingan ini dianjur dengan lancarnya.

“Apa pun, pihak kita berharap ia akan dapat dianjur di bahagian lain pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Pertandingan tersebut dianjur oleh Manipal International University dan LSR Mutiara dengan kerjasama Liga Penalti Rakyat akan berlangsung di lokasi seterusnya di Pulau Pinang pada 23 Januari ini.

Liga Penalti Malaysia 2023 menawarkan hadiah keseluruhan RM138,000 yang mana ia akan menjelajah 14 negeri di seluruh negara bagi mencari ‘Raja Penalti’ di Grand Final yang akan meraih wang tunai RM50,000.

Untuk sebarang pertanyaan dan mendaftar bagi menyertai pertandingan ini, peserta boleh menghubungi Sulaiman di talian 0189181950.

 

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU