ARTIKEL

Liga Premier 2019: Rombak barisan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMANGKU jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail akan melakukan rombakan terhadap barisan utama untuk aksi menentang Terengganu FC II di Stadium Sarawak malam ini (Rabu).

Jika Sabtu lalu, Denny membariskan sebahagian besar tenaga tempatan, tetapi malam ini dia akan memberi kepercayaan kepada tenaga import untuk tampil membuktikan.

“Kita akan buat perubahan dalam barisan utama. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada tenaga import, Rodrigo,” kata Denny.

Bagaimanapun, menurut Denny ia tidak melibatkan perubahan besar-besaran.

Sarawak yang masih berada di tangga tercorot tidak ada pilihan, kecuali mengutip tiga mata malam ini. Jika tidak peluang untuk bersaing dalam “play-off” semakin cerah.

Denny berpendapat, mereka akan terus berjuang habis-habisan selagi peluang masih ada.

“Situasi sekarang sama dengan musim lalu… tetapi yang menariknya ialah kali ini kita memberi kepercayaan kepada kebanyakan pemain muda baharu.

“Kita akan terus memberikan saingan sengit selagi terdaya… itu misi kita,” kata Denny.

Selepas ini dua lagi baki perlawanan yang menunggu Sarawak iaitu menentang Pulau Pinang (di Batu Kawan) dan Selangor (di Kuching)

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU