LIGA PREMIER 2021: Agba bantu S’wak United pesta gol

BINTANG import, Uche Agba menjaringkan empat gol untuk membantu Sarawak United FC (SUFC) membelasah pasukan Projek FAM-MSN 7-1 dalam aksi Liga Premier 2021 di Stadium Hang Jebat malam kelmarin.

Manakala tiga lagi gol dijaringkan oleh S. Chanturu, Abdul Rahim dan Tommy Mawat. SUFC mendahului 4-0 pada babak pertama, dan menambah tiga lagi gol pada babak kedua. Gol sagu hati skuad pelawat disumbangkan melalui sepakan penalti.

Agba meledakkan jaringan pada minit ke-14, 16, 29 dan 60. Ia merupakan gol kelapan Agba setakat ini, sekali gus muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Premier ketika ini.

Dengan kemenangan itu, SUFC kembali menguasai carta liga dengan 16 mata, dua mata di depan Negeri Sembilan. Namun SUFC mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

“Ia merupakan tiga mata penning bagi kami, dan saya berharap para pemain akan terus konsisten,” kata pengendali SUFC, E. Elavarasan.

“Sayang sekali rekod kebal kita (tanpa dibolosi) akhirnya lebur, namun kita tetap positif,” ujarnya.

SUFC akan menentang PDRM Jumaat ini, yang akan Bermuda pada jam 10 malam.

Aksi malam kelmarin turut dibayar dengan harga yang tinggi apabila dua pemain utama SUFC, Sandro Da Silva dan Le Chang Hoon ditimpa kecederaan.

Elavarasan agar bimbang, dan kemungkinan kedua-duanya tidak akan dapat beraksi Jumaat ini.

“Kita masih ada lima hari untuk membuat persiapan, dalam tempoh tersebut barulah kita tahu situasi mereka sama ada boleh beraksi atau tidak,” katanya.

 

Suara Sarawak