LIGA PREMIER 2021: Agba mesin gol Sarawak United

PENYERANG import dari Nigeria, Uche Agba membuktikan kehebatannya, setelah menjaringkan lapan gol setakat ini, lebih separuh daripada 15 jaringan skuad Sarawak United FC (SUFC).

Yang pasti, sentuhan jaringannya akan terus ditagih apabila turun menentang PDRM di Stadium Hang Jebat malam Jumaat (10 malam).

Jaringan terbesar beliau ialah ketika membelasah skuad Projek FAM-MSN 7-1 baru-baru ini, dengan empat ledakan jaringan.

Agba dilihat berjaya membentuk gandingan mantap bersama-sama penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha, dan bintang dari Korea Selatan, Lee Chang Hoon.

Agba berjanji akan terus menjaringkan gol selepas ini, sekali gus memburu anugerah Kasut Emas Liga Premier 2021 (Penjaring Terbanyak).

Namun bagi beliau apa yang lebih penting ialah “memenangkan” pasukan, tanpa mengira siapa yang menjaringkan gol.

“Sebagai penyerang sudah pasti saya sentinas dahagakan jaringan… namun matlamat utama seorang penyerang adalah untuk memastikan pasukan menang,” ujar Aga.

Kelebihan Agba ialah sentuhan penyudah yang tajam, selain bijak mencari ruang. Beliau dilihat amat bahaya ketika hantaran jauh, atau lorongan yang menjurus kepada perlumbaan, kerana beliau memiliki kepantasan.

Suara Sarawak