Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Liga Premier 2021: Fokus SU FC tidak terganggu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TERUS BERLATIH...Pemain SU FC kini fokus ketika sesi latihan.

KUCHING: Presiden Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais yakin pasukannya mampu mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Premier 2021.

Dengan kekurangan satu perlawanan dimiliki anak-anak buah E.Elavarasan yang baru sahaja menyelesaikan 11 perlawanan pusingan pertama.

Berbanding beberapa pesaing terdekat mereka yang sudah pun mengharungi aksi pusingan kedua ketika ini.

“Memang dilihat dari segi pungutan mata SU FC ketika ini, ia tidak jauh beza dengan beberapa pesaing terdekat kami.

“Bagi saya secara peribadi, kedudukan semasa ini tidak menghadir tekanan kepada kami,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Menurut Posa, apa yang penting sekarang pemain perlu lebih fokus.

Dengan kata lain, mereka harus memberi tumpuan meningkatkan kecergasan diri untuk siap sedia menghadapi perlawanan menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 3 Ogos nanti.

“Perlawanan menentang Terengganu FC II Selasa nanti (3 Ogos) penting bagi kami, dan harus dimenangi untuk memastikan tiga mata dan mengekalkan kedudukan SU FC ditangga teratas kelak,” tambah beliau lagi.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang