CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Liga Premier 2021: Irfan rombak barisan utama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KEKAL BERSEMANGAT...Pemain KC FC kelihatan bersemangat ketika sesi latihan. - FOTO KC FC

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim akan melakukan pertukaran pemain di beberapa posisi menjelang perlawanan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor petang esok (Sabtu).

Pendekatan kearah itu dilakukan untuk memastikan segenap posisi lebih mantap selain berupaya mengimbangi rentak pasukan lawan bagi mencapai misi pemburuan tiga mata penting yang dihajati.

“Untuk perlawanan petang esok, saya akan melakukan rombakan di beberapa posisi bagi memastikan keseimbangan kekuatan sepanjang tempoh 90 minit,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui pertukaran membabitkan tiga hingga empat pemain yang dilakukannya itu untuk mengelak pemain tertekan kerrana masih dibuai keletihan berikutan jadual perlawanan yang agak rapat.

Menurut Irfan, kemenangan menjadi buruan anak-anak buahnya untuk perlawanan petang esok dan beliau tidak melihat sebarang masalah yang boleh menghambat keinginan kearah itu.

“Saya masih menaruh keyakinan yang tinggi terhadap pemain untuk beroleh kemenangan. Walaupun, kami tahu tugas berat akan menanti tatkala berdepan dengan PDRM FC,” tegasnya.

Baca lain  Pemimpin Dap hanya membisu

Irfan turut menggesa anak-anak buahnya melupakan episod kekalahan ketika menentang Negeri Sembilan FC tiga hari lepas.

Selain, kembali fokus kepada misi beroleh tiga mata penting untuk memperbaiki kedudukan pasukannya ketika ini.

“Pemain kelihatan lebih bersemangat untuk siap sedia bertarung. Diharap mereka lebih efektif apabila memiliki peluang sepanjang saingan,” tambah Irfan lagi.

The City Boys kini masih lagi kekal menghuni tangga ke-9 menggumpul 17 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru