LIGA PREMIER 2021:  Irfan tetap optimis…

KETUA Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim yakin keupayaan anak-anak buahnya untuk beroleh sebarang mata menjelang aksi kelima menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam kempen Liga Premier 2021 malam esok (Sabtu).

Sekalipun, sedar misi ke arah itu tetap mencabar mengambil kira reputasi semasa pasukan lawan yang kini menghuni tangga teratas mengumpul 13 mata selepas mencatat empat kemenangan, sekali seri dari lima perlawanan dilalui.

Berbanding The City Boys di tangga kelapan yang hanya mengumpul empat mata, mencatat satu kemenangan dan sekali seri selepas mengharungi empat perlawanan.

“Tugas mencabar bakal dilalui pemain malam esok. Saya yakin, jika barisan kesebelasan utama yang diturunkan bermain mengikut pelan yang dirancang, peluang untuk kami membuat kejutan tetap ada,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Terdahulu, Irfan berpuas hati dengan perubahan positif berlaku dalam kem pasukannya sepanjang tempoh rehat hampir dua minggu, menjalani latihan.

Katanya, perubahan yang berlaku dilihat sebagai landasan terbaik meningkatkan persefahaman sesama sendiri.

Di samping proses memperhebatkan keupayaan sekali gus memperbaiki kelemahan di segenap posisi.

Suara Sarawak