HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Liga Premier 2021: JDT II mangsa terbaru KC FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RAI JARINGAN...Amir Amri Salleh (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan-rakannya.

KUCHING: Skuad Kuching City FC meneruskan rentak kemenangan dalam kempen Liga Premier 2021 dengan menumpaskan Johor Darul Ta’zim II (2-1) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang petang tadi.

Penyerang muda, Amir Amri Salleh muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-82.

Biarpun, rakannya Mohd. Irwan Syazmin Wahab terlebih dahulu menjadi penyelamat selepas menjaringkan gol penyamaan minit ke-59.

Dalam keadaan JDT II terdahulu memimpin perlawanan menerusi gol awal dijaringkan penyerang import Fernando Rodriguez Ortega minit ke-17.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam tempoh lima hari.

Ia sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat The City Boys.

“Syabas dan tahniah kepada pemain kerana berjaya memperolehi kemenangan ke atas JDT II petang semalam.

“Kerja keras serta semangat juang tinggi dipamerkan pemain sepanjang saingan penyumbang perolehan tiga mata bermakna kami itu,” ujar Pengurus Pasukan KC FC, Ideris Untong kepada Arena Suara Sarawak.

Ideris akui pemainnya diberi tentangan cukup sengit dari pasukan JDT II tetapi kebijaksanaan jentera serangan menterjemahkan peluang terhidang telah memastikan kemenangan mutlak menjadi milik KC FC.

Perlawanan seterusnya KC FC akan menentang Selangor FC 2 di gelanggang sama (Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang) pada Sabtu ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Zii Jia kembali ke BAM?

PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke

Ranking naik 138?

SKUAD Harimau Malaya bakal memperbaiki ranking dunia Persekutuan Bola Sepak

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru