KUCHING: Tiga mata mutlak menjadi buruan Kuching City FC (KC FC) menjelang pertemuan dengan Selangor FC 2 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor petang esok (Sabtu).
Misi kearah itu sekiranya berjaya tercapai dapat menyaksikan pertambahan mata sedia ada.
Ketua Jurulatih KC FC, Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, pemain melalui prestasi memberangsangkan ketika ini.
Perubahan situasi tersebut diharap menjadi cetusan semangat kepada pemain untuk memburu kemenangan seterusnya.
“Kita tetap fokus untuk meraih kemenangan untuk perlawanan petang esok.
“Saya percaya jika pelan diguna pakai menjadi tiga mata akan menjadi milik kami,” kata Irfan kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Irfan, beliau akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik berdepan Selangor FC 2 petang esok.
Meskipun katanya, berlaku sedikit rombakan bagi memastikan semua posisi ampuh dan mengimbangi asakan pasukan lawan.
The City Boys ketika ini masih kekal menghuni tangga kedua terbawah, menggumpul 13 mata.