KETUA Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui, perubahan jadual perlawanan untuk pusingan kedua kempen Liga Premier 2021 dilihat sebagai kredit untuk dirinya.
Menurut Irfan, masih ada masa untuk beliau memperkemas segenap posisi jentera pasukannya sebelum sepak mula.
“Sekurang-kurangnya masih ada masa untuk saya memperkemaskan segenap posisi dalam pasukan dengan perubahan jadual sedia ada,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak semalam.
Berbanding sebelum ini, sepak mula yang dijadual pada 3 Julai yang memperlihatkan jurulatih berpengalaman itu bagaikan mengejar masa untuk mempersiap kembali pasukannya.
Dalam pada itu, Irfan turut berharap pemainnya dapat menjalani latihan di lapangan sebenar berikutan perubahan jadual berkenaan.
“Ketika ini pemain hanya berlatih secara sendirian, dan diharap kami akan dapat berlatih di padang selepas ini,” tambah Irfan lagi.