Liga Premier 2021: Pemain tidak hilang fokus

KUCHING: Penolong Jurulatih Sarawak United (SU FC), Safri Amit mengakui, pemainnya seakan tidak sabar untuk memulakan saingan pusingan kedua kempen Liga Premier 2021.

Dengan aksi sulung digelanggang keramat, Stadium Negeri, Petra Jaya menentang Perak FC II yang dijadual berlangsung Ahad ini (25 Julai).

Detik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh anak-anak buah E. Elavarasan bagi pemburuan kemenangan dan tiga mata berharga.

Dalam usaha mengukuh kedudukan mereka dikedudukan teratas ketika ini.

“Pemain sudah melupakan episode kurang menyenangkan disebalik perlawanan hujung minggu lalu.

“Mereka nampak lebih bersemangat ketika ini untuk menghadapi perlawanan menentang Perak FC II Ahad ini,” tegas Safri kepada Arena Suara Sarawak.
ENDS/….

Suara Sarawak