Trending

Liga Premier 2021: Perlu menang aksi Sabtu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENOLONG Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), Safri Amit menegaskan, perlawanan menentang Kelantan FC di Stadium Negeri, Petra Jaya Sabtu ini harus dimanfaat sepenuhnya.

Dengan kata lain, perolehan tiga mata penuh perlu dimumtamadkan bagi merapatkan jurang mata dengan pasukan ditangga teratas ketika ini.

“Kemenangan wajib dicapai Sabtu ini kerana hanya dengan cara itu kami dapat merapatkan jurang mata dengan pesaing sedia ada,” kata Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Safri, beliau percaya misi tersebut mampu direalisasi barisan kesebelasan utama yang akan dipertaruhkan.

Sambil berharap stragegi yang akan diguna pakai ketua jurulatih (E.Elavarasan) dapat diterjemah dengan sepenuhnya kelak.

Safri menambah, langkah lebih berwaspada perlu ditingkatkan anak-anak buahnya pada perlawanan itu nanti.

“Kita sedar pasukan lawan juga cuba untuk beroleh sebarang mata. Justeru, pemain diingatkan agar tidak leka sepanjang saingan,” tambah Safri lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru