Liga Premier 2021: Sarawak United FC sedia rampas takhta

PRESIDEN Sarawak United FC (SUFC), Datuk Posa Majais meminta para pemain bangkit segera, membenam pendahulu liga, Negeri Sembilan FC dalam aksi di Stadium Paroi Sabtu ini.

Posa mahu SUFC merampas semula kedudukan teratas liga.

“Kita amat memerlukan kemenangan, untuk ‘duduk semula’ di tangga teratas liga.

“Saya percaya dengan kemampuan pemain untuk mencapai misi tersebut,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

SUFC kalah mengejut, 2-0 kepada PDRM FC dalam aksi hujung minggu lalu.

Dalam aksi tersebut SUFC beraksi di bawah tahap kemampuan sebenar, terutama di bahagian tengah.

Ketiadaan dua import, Lee Chang Hoon dan Sandro Mendonca ekoran kecederaan menjejaskan rentak mereka.

Sementara itu, Posa telah pun menerima suntikan vaksin Covid-19 Isnin lalu bersama-sama exco badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain dan jurulatih skuad Harimau Malaya. Posa merupakan Naib Presiden FAM.

 

Suara Sarawak