LIGA PREMIER 2021: Sarawak United terus memburu tiga mata

PRESIDEN Sarawak United FC (SUFC), Datuk Posa Majais mahu para pemain meneruskan momentum kemenangan bagi mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Premier 2021.

“Kini kita kembali menguasai takhta liga dengan kelebihan dua mata… malah kita juga masih kekurangan satu perlawanan.

“Jadi kita mempunyai peluang yang amat baik untuk mengukuhkan lagi kedudukan selepas ini,” ujar Posa.

SUFC kembali merampas takhta daripada Negeri Sembilan FC ketelah membelasah paskan Projek FAM-MSN 7-1 Sabtu lalu. Bintang import, Uche Agba menjaringkan empat gol, manakala tiga lagi gol disumbangkan oleh S. Chanturu, Abdul Rahim dan Tommy Mawat.

“Nampaknya para pemain semakin serasi, dan bijak memanfaatkan peluang,” kata Posa.

“Jadi kita berharap rentak kemenangan ini diteruskan, dan kita juga mahu rekod tanpa kalah dikekalkan,” jelasnya.

SUFC melakar lima kemenangan dan sekali seri dalam enam aksi yang telah dilalui.

Satu lagi pasukan yang belum terkalah Hialeah Terengganu FC II, namun mereka hanya menang sekali dan seri enam kali dan berata di tangga kelapan liga.

SUFC akan menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini (16 April), jam 10 malam.

Yang pasti, Uche Agba yang telah menjaringkan lapan gol akan terus diberi sandarna untuk menggegar jaring lawan.

Suara Sarawak