ARTIKEL

Liga Premier 2021: SU FC buru kemenangan seterusnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Sarawak United FC (SU FC) cuba untuk memastikan kemenangan dapat diperolehi apabila turun berdepan skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam malam esok (Ahad).

Kemenangan yang begitu dihajati bakal menyumbang tiga mata penuh yang sekali gus dapat mengekalkan kedudukan ditangga teratas dalam saingan Liga Premier 2021.

Presiden SU FC, Datuk Posa Majais memberitahu, tiada alasan untuk pemain bagi menggapai kemenangan menerusi perlawanan malam esok.

Mengambil kira rekod kemenangan besar (7-1) yang pernah dicatat keatas skuad muda pada perlawanan pusingan pertama sebelum ini.

“Tiga mata menjadi buruan kita malam ini. Saya percaya pemain mampu merealisasi misi tersebut,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau sebelum itu turut menuntut aksi lebih konsisten mampu diperaga oleh pemain pada perlawanan tersebut.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU