Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Liga Premier 2021: SU FC masih berpeluang untuk juara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Presiden BDFA Kaunselor Abang Suhordie Abang Zaini

KUCHING: Penolong Pengurus Sarawak United FC (SU FC), Abang Suhordie Abang Zaini menegaskan, pasukannya masih berpeluang untuk menjulang mahkota juara bagi saingan Liga Premier 2021.

Meskipun, SU FC ketika ini turun ditangga kedua ekoran kekalahan tipis (1-0) ditangan Negeri Sembilan FC malam tadi

Namun kata Abang Suhordie, aksi terakhir menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) digelanggang lawan pada 21 September nanti penentu segalanya.

“Kita masih berpeluang untuk bergelar juara, dan berharap keputusan sebaliknya akan berlaku.

“Dengan kata lain, SU FC perlu menang keatas JDT II sambil berharap Negeri Sembilan FC turut tewas menentang PDRM FC kelak,” ujar Abang Suhordie.

Sambil amat yakin segalanya akan memihak kepada SU FC kelak.

Mengenai perlawanan malam kelmarin, Abang Suhordie memuji karektor dipamer para pemain sepanjang saingan.

Katanya, insiden layangan kad merah kepada penjaga gol Moh Sharbinee Allawee Ramli minit ke-65 nyata memberi impak kepada permainan selepas itu.

Kelebihan tersebut telah dipergunakan pasukan lawan apabila penyerang import mereka Koussi Francis Kone berjaya menanduk masuk bola hantaran silang rakannya dari penjuru kanan pintu gol untuk memuktamadkan kemenangan (1-0) keatas Negeri Sembilan FC.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Shereen gegar Amerika

ATLET olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di

Sambar emas ketiga

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Shereen gegar Amerika

ATLET olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di