Liga Premier: Posisi tengah longgar

PENGENDALI Terengganu FC II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan mengakui prestasi pemain kurang memuaskan.

“Dari prestasi pada awal permainan saya kurang berpuas hati dengan prestasi pemain kita, namun pada masa rehat pasukan kita telah perbaiki kelemahan tersebut.

“Nampak perbezaan jelas ketara pada separuh masa kedua, maknanya kita berjaya mengawal di bahagian tengah cuma kita tidak dapat mengambil peluang yang ada untuk menjaringkan apa-apa mata,” katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya, pemain dilihat bermain tidak mengikut apa yang telah dirancang pada separuh masa pertama.

“Pada separuh masa pertama pemain tidak mengikut apa yang dirancang kerana dibahagian tengah dilihat agak longgar.

“Manakala pasukan Sarawak dilihat dapat mendominasi di bahagian tengah, menampakkan pasukan Sarawak boleh mencipta banyak peluang yang agak banyak,” ujarnya.

Tambahnya, pada separuh masa kedua, pasukan Terengganu telah berjaya mengawal sepenuhnya di bahagian tengah.

“Kami boleh bersaing pada permainan separuh masa kedua. Namun kami tidak menggunakan sebaiknya peluang dan Sarawak dilihat mengambil 100 peratus peluang tersebut,” katanya.

Suara Sarawak