ARTIKEL

HEBAT... Barisan kesebelasan utama Sarikei.

LIGA SAC-FAS 2023: Sarikei kejutkan Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Finalis tahun lalu Serian kempunan untuk beroleh tiga mata apabila tewas (3-1) ditangan Sarikei pada aksi Liga SAC-FAS Bawah 20 Tahun Zon Betong di Kompleks Sukan Betong semalam.

Anak-anak buah Roziman Ramli terdahulu memimpin perlawanan menerusi gol dijaringkan Ariff Amirul Zulkifli minit ke-4 (penalti) yang turut menjaringkan gol ketiga minit ke-85.

Sebelum ini, Aaron Jeremiah Renang berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Serian minit ke-35.

Satu lagi gol pasukan Sarikei dijaringkan Amrie Marzuqie Juma minit ke-67.

“Gembira dengan kemenangan yang diperoleh para pemain.

Apa yang penting, tiga mata berharga bagi kami,” ujar pengurus pasukan, Qalam Iko kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Qalam, pemain berjaya menterjemah strategi yang diguna pakai sepanjang perlawanan.

“Kita berharap pemain dapat mengekal momentum kemenangan untuk dua baki perlawanan selepas ini,” katanya lagi.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU