Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Liga Serian 2022: SFA hargai sokongan semua pihak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SELAMAT HARI GAWAI...Phillip Jabu (berdiri tiga dari kanan) merakam gambar bersama sebahagian tetamu yang hadir.
SELAMAT HARI GAWAI…Phillip Jabu (berdiri tiga dari kanan) merakam gambar bersama sebahagian tetamu yang hadir.

SERIAN: Kelainan yang ditonjolkan pada penganjuran Liga Serian 2022 memberi gambaran jelas usaha badan induk tersebut dalam meningkatkan pembangunan sukan nombor satu di bahagian berkenaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Philip Jabu berkata, pihaknya percaya saingan liga kali ini lebih meriah kerana menghimpunkan ramai pemain baharu berbakat serta bintang berpengalaman yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia.

Katanya, sebanyak 16 pasukan beradu nasib bagi memburu gelaran juara dalam kempen Liga Serian 2022 yang telah bermula 14 Mei lalu.

Kesemua pasukan terbabit dibahagi kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan A yang terdiri daripada MK 22 FT, TBS 22, KRM Junior FC, SS 17 FC.

“Manakala empat pasukan dari Kumpulan B (BELFA FC, Serian Police Football, RAGAI FC, SERDIC FC) serta kumpulan C (Marr Reds, Power Rangers JR, Beaver FC, Rentap FT).

“Seterusnya, pasukan seperti XMSS Serian United, MDH FC, TBT 22 dan Bung Abut FC berada dalam Kumpulan D,” katanya ketika ditemui Arena Suara Sarawak pada Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai 2022 di kediaman beliau Kampung Sungai Barie, Serian semalam.

Tambah Phillip, dua gelanggang iaitu Kompleks Sukan Serian dan Kompleks Sukan Siburan akan diguna pasukan bertanding sepanjang liga itu berlangsung.

Malah, barisan Exco SFA serta beberapa pemain Sarawam United FC II (SU FC II) turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Dalam masa yang sama beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat terutama Adun Bukit Semuja John Ilus menerusi Pusat Khidmat Dun Bukit Semuja dan Majlis Daerah Serian (MDS) yang berjaya membentuk kerjasama untuk penganjuran liga kali ini.

“Kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua, terutama wakil rakyat yang juga Adun Bukit Semuja John Ilus, MDS serta semua pihak yang terlibat dalam menjalin kerjasama erat untuk penganjuran Liga Serian 2022,” ujar Phillip.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News