SERIAN: Dua pasukan pilihan, X-Movent dan SP FC bakal berentap di final Liga Serian 2023 selepas kedua-dua pasukan menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir Sabtu lalu.
Pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Serian, ia menyaksikan X-Movent mengatasi MDH FC dengan kemenangan selesa (4-0). Berbanding, kemenangan tipis (3-2) dicatat SP FC ke atas TBS 23.
Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menegaskan, tarikh perlawanan akhir masih belum ditetapkan lagi.
Menurut Phillip, cadangan awal pihaknya sebelum ini mahu melangsungkan final pada minggu pertama bulan Oktober depan.
Bagaimanapun, ia masih belum dimuktamadkan lagi kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan sekali gus bakal menyaksikan berlaku sedikit perubahan tarikhnya.
“Kita akan bermesyuarat bagi membincangkan tarikh tersebut dalam masa terdekat,” jelas Phillip kepada Arena Suara Sarawak.
