ARTIKEL

Philip Jabu (tiga kanan) mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN N17 Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim.

Liga Serian 2024 berlangsung selepas Gawai Dayak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Liga Serian 2024 sah akan dilangsungkan pada minggu pertama bulan Julai akan datang sejurus selepas sambutan Hari Gawai Dayak.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Philip Jabu, berkata minggu permulaan kejohanan masih kekal mengikut perancangan takwim tahunan badan induk SFA.

“Masih sama, setakat ini tiada rombakan atau perubahan waktu yang mana kita akan laksanakan Liga Serian 2024 sejurus selepas perayaan Hari Gawai Dayak,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Mengenai syarat dan terma perlawanan, beliau menegaskan perkara terbabit masih dalam fasa perbincangan dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, beliau menjelaskan antara fokus utama yang turut diberi penekanan ialah penggunaan pemain import oleh pasukan yang bertanding.

“Apabila keputusan sudah diperoleh nanti, kita akan umumkan perkara berkaitan dengan formatnya.

“Beberapa perkara berbangkit akan dibincangkan, termasuk kuota pasukan yang akan turut serta dalam liga kelak,” katanya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)