ARTIKEL

Liga Serian: Penentu juara X-Movent & SP FC petang esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Juara Liga Serian 2023 bakal diketahui petang esok dalam aksi final antara pasukan X-Movent menentang SP FC yang berlangsung di Kompleks Sukan Serian.

Perlawanan yang bermula jam 3 petang itu dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan berpeluang mencipta kejutan seimbang, mengambil kira kelebihan yang dimiliki.

PESAING HEBAT… Pasukan SP FC.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu memberitahu kdua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri.

“Mereka dibarisi pemain hebat. Saya melihat peluang untuk bergelar juara seimbang,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM10,000 beserta piala dan pingat.

Manakala, wang tunai RM5,000 selain piala dan pingat bagi pasukan yang menduduki tempat kedua.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais