ARTIKEL

Liga Sri Aman 2021: Merpati, Datus berentap di final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JUARA BERTAHAN…Merpati Team.

KUCHING: Dua pasukan pilihan Merpati Team dan Datus United akan berentap di pentas akhir bagi pemburuan gelaran juara Liga Sri Aman 2021, Piala Datuk Francis Harden Hollis.

Pertembungan membabitkan kedua-dua pasukan dari kumpulan berbeza di pentas berprestij itu selepas kejayaan mengenepikan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir hujung minggu lalu.

Juara bertahan, Merpati Team mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Englant FC (5-1).

Manakala Datus United mencatat kemenangan dengan jaringan sama (5-1) ke atas PC United.

PILIHAN POPULAR…Datus United.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Alfred Kendim berkata perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pasukan itu berlangsung pada jam 3 petang Sabtu ini di Kompleks Sukan Sri Aman.

Menurut beliau, pihaknya menjangka pertembungan sengit akan berlaku mengambil kira kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain handalan dan berpengalaman.

“Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan misi tersendiri,” katanya.

Beliau menambah perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara pasukan Englant FC dan PC United akan berlangsung pada sebelah pagi hari yang sama.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

Grace CBF United muncul juara bola sepak wanita

KUCHING: Pasukan Grace United berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak First Eleven Edisi Wanita 2024. Jaguh yang semakin digeruni kredibiliti mereka ketika ini berjaya mencatat

BERITA TERBARU

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal