ARTIKEL

LIGA SSC-FAS 2021: Giliran Miri, Samarahan raih kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Langkah kanan buat skuad bidan terjun, Samarahan FA dalam memulakan kempen pusingan akhir Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 bagi Kumpulan B.

Anak-anak buah pimpinan Mohammad Sapian Mohamed Kassim itu berjaya memperolehi tiga mata berharga hasil kemenangan tipis (2-1) ke atas Bintulu FA di Padang Sentetik KKB, petang tadi.

Dua gol jaringan penyerang handalan, Muhd. Zarif Razali pada minit ke-72 dan Zulfika Rosli pada minit ke-84 telah meranap terus impian tuan rumah untuk mengintai ruang mara ke pusingan separuh akhir.

Meskipun perlawanan tersebut menyaksikan Bintulu FA mendahului menerusi jaringan David Sepitok minit ke-6.

Sementara itu, situasi sama dilalui jaguh dari zon utara Miri FA yang turut memperolehi tiga mata penuh juga menerusi kemenangan tipis (2-1) dicatat ke atas Kapit FA di Padang Sintetik BDA.

Dua gol Miri FA yang dijaringkan Harith Danielle Abdullah minit ke-45 dan Muazzam Israf Rosman minit ke-79.

Gol tunggal Kapit FA dijaringkan Alan Eldrian Mathew minit ke-68.

BERITA LAIN

SMK Muara Tuang muncul juara

SADONG JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB)

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup