Liga SSC/FAS 2021: Sri Aman mampu melangkah jauh

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sri Aman Datuk Francis Harden Hollis yakin pasukan Sri Aman mampu melangkah jauh dalam Kejohanan Liga SSC/FAS 2021.

Menurutnya, pasukan itu mampu bertahan selama 90 minit apabila berjaya menumpaskan pasukan Kapit 1-0 dalam aksi pembukaan.

“Namun, usaha untuk menambah gol tidak menjadi kenyataan apabila sentuhan penyudah di bahagian serangan tidak berhasil.

“Selain itu, kita juga kehilangan beberapa peluang keemasan dan kerap kali tendangan terkena tiang gol,” katanya.

Sri Aman dibimbing oleh bekas bintang Bujang Senang, Ramles Sari dan Ramos Sari.

Sementara itu, perlawanan pertama Liga SSC bagi Zon Tengah menyaksikan empat pasukan dalam pusingan pertama iaitu Sri Aman, Sibu, Sarikei, dan Kapit.

Dua pasukan terbaik akan meneruskan cabaran ke pusingan kedua secara karnival di Bintulu.

Turut hadir Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) David Usop, Setiausaha Eksekutif (FAS), Paza, dan Pegawai Pembangunan Pengadil FAS Fitry Johnwayne.

 

Suara Sarawak