Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Liga SSC-FAS B20: Serian FA mara ke pusingan akhir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
LAKAR SEJARAH...Pemain Serian FA meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir.

KUCHING: Skuad Serian FA melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke pusingan akhir Liga Bola Sepak SSC-FAS Bawah 20 Tahun, 2022.

Barisan serba mantap kendalian jurulatih yang semakin meningkat naik kredibilitinya, Rockerfiller Sullau itu berada di tangga kedua Kumpulan Zon Selatan.

Menggumpul sembilan mata hasil dua kemenangan, selain mencatat tiga keputusan seri selepas mengharungi enam perlawanan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu gembira dengan kejayaan dicipta pemain pasukan terbabit yang berjaya mara ke pusingan akhir.

Menurut Phillip, kejayaan tersebut mengulangi pencapaian terbaik pernah dicipta skuad senior Serian FA dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2016/2017.

“Berpuas hati dengan pencapaian terbaik ini. Sasaran untuk Serian FA cuba menempatkan diri dalam pusingan akhir, tercapai.

“Syabas dan tahniah kepada pemain, jurulatih serta pegawai terlibat atas kerja keras mereka selama ini,” ujar Phillip ketika ditemui Arean Suara Sarawak semalam.

Pusingan akhir membabitkan sejumlah 10 pasukan. Masing-masing dua pasukan teratas dari empat kumpulan iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan danbZon Pusat Cemerlang, termasuk dua lagi pasukan dari Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat, Indonesia.

 

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang