Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

LIGA SUPER 2022: Bekas pemain kebangsaan perkuat jentera SU FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
IMBAS KEMBALI...Aksi pemain muda yang terlibat dalam pusingan akhir Liga SSC-FAS 2021. - FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Pengerusi Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais memberitahu, bekas pemain kebangsaan antara import tempatan yang bakal memperkuat jentera pasukannya bagi menghadapi kempen Liga Super 2022.

Sambil enggan mendedah identiti serta posisi pemain terbabit, Posa mengakui kehadiran bintang baharu itu kelak diharap dapat menambah kekuatan skuad kendalian E.Elavarasan.

“Salah seorang pemain baharu SU FC adalah bekas tonggak kebangsaan suatu ketika dahulu.

“Dia bermain dengan salah sebuah pasukan dalam Liga Malaysia 2021,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, pemain berkenaan akan tiba di Kuching dalam masa terdekat kerana sesi latihan akan bermula minggu depan.

Dalam perkembangan sama, Posa berkata, beberapa pemain muda yang menyerlah sepanjang pusingan akhir Liga SSC-FAS 2021 akan turut dipanggil untuk mengikuti kem latihan bersama pasukannya.

“Saya difahamkan ada beberapa pemain muda yang menyerlah sepanjang pusingan akhir Liga SSC-FAS 2021 yang berlangsung di Bintulu baru-baru ini.

“Mereka akan diberi peluang mengikuti latihan kelak,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian

Shereen gegar Amerika

ATLET olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di

Sambar emas ketiga

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru