Trending

LIGA SUPER 2022: SU FC, PJ City terikat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KAWAL….Penyerang SU FC, S. Chanthuru (kanan) mengawal bola sambil cuba disaing dua pemain PJ City FC pada perlawanan malam tadi. – FOTO ALIF NONI.

KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) gagal memanfaat peluang beraksi di laman sendiri apabila hanya mampu beroleh satu mata selepas terikat tanpa jaringan menentang PJ City FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Anak-anak buah S. Balachandran boleh mengubah kedudukan sedia ada menerusi empat peluang keemasan dimiliki sepanjang perlawanan.

Namun, percubaan dilakukan Uche Agba, Lee Chang Hoon, S. Chanthuru gagal menembusi gawang pelawat yang dikawal kemas oleh Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowe.

Dalam keadaan aksi kedua-dua pasukan yang di luar kemampuan sebenar disebabkan keletihan masih menyelubungi barisan pemain, babak pertama amat jelas memperlihatkan bola sekadar berlegar di tengah padang.

Ia meskipun sesekali pemain kedua-dua pasukan cuba menggandakan asakan.

Keputusan tersebut mengekalkan kedudukan SU FC di tangga ke-10 dengan 14 mata daripada 17 perlawanan yang telah dilalui setakat ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru