ARTIKEL

Liga Super 2023: Kuching City raih satu mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC berjaya meraih satu mata penting hasil keputusan seri (1-1) dicatat ketika melayani kunjungan Kelantan United FC di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.

Meskipun, sudah berkira untuk merai kemenangan kedua selepas gah mendahului perlawanan menerusi gol dijaringkan bintang import dari Uzbektistan, Sirojiddin Kuziev menerusi sepakan penalti minit ke-52.

Namun, segalanya musnah apabila pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain gantian, Muhammad Asraff Aliffudin Yasin yang mudah menanduk masuk bola hasil sepakan sudut minit ke-90 (+4).

Sekali gus, kedudukan (1-1) kekal hingga ke wisel penamat dan menyaksikan anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim terpaksa akur kehilangan dua mata penting.

Corak permainan pantas diperaga barisan kesebelasan utama The City Boys sepanjang saingan.

Mereka berpeluang untuk mencetak gol pada minit pertama, namun rembatan deras Zahrul Nizwan Joe Kifli@Zulkeflee seladar singgah dipalang gol.

Apa pun, keputusan seri diperoleh itu berjaya menamatkan badi kekalahan pada empat perlawanan sebelum ini.

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.