
KUCHING: Hasrat pertahanan import, Mihailo Jovanovic, 34, untuk turun pada aksi sulung bersama Kuching City FC dalam kempen Liga Super 2023 tidak kesampaian.
Bintang kelahiran Serbia itu ditimpa kecederaan serius pada ibu jari kaki kanannya, sekali gus memaksa beliau menjalani pembedahan dengan segera.
Ketua Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, tamparan hebat bagi dirinya dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi pentas saingan Liga Super 2023 berikutan musibah yang menimpa anak buahnya itu.
Dalam keadaan mereka kini fokus sepenuhnya kepada sesi latihan untuk mengharungi kempen tersebut.
Di samping beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Mukah pada 24 Januari ini, menentang Betong (26 Januari) dan Sibu (28 Januari) menerusi siri jelajah ke tiga bahagian terbabit.
Menurut Irfan, Mihailo mungkin akan terlepas tiga atau empat perlawanan musim ini.