SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Liga Super 2023: Peluang untuk Kuching City bangkit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SEDIA BANGKIT…Barisan pemain Kuching City bersemangat ketika sesi latihan.

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan perlawanan menentang PDRM FC di Stadium Negeri, Petra Jaya Sabtu ini sebagai landasan terbaik untuk bangkit memperbaiki prestasi hambar dialami ketika ini.

Dengan kata lain, katanya ia peluang untuk kembali mencetak kemenangan kedua selepas dibayangi musibah kekalahan pada empat perlawanan berturut-turut sebelum ini.

“Inilah masa bagi pemain bangkit memperbaiki prestasi, dengan kata lain peluang untuk mencetak kemenangan kedua musim ini,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Irfan, beliau sudah memperkemas jentera disegenap penjuru dengan tempoh rehat dua minggu ini.

Malah, tahap kecergasan pemain juga kembali di landasan terbaik ketika ini.

“Cuma ketua pasukan (Muhamad Adam Shreen Tambi) sahaja yang akan terlepas aksi hujung minggu ini ekoran masih menjalani hukuman penggantungan,” tambah Irfan lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru