ARTIKEL

Liga Super 2023: Pengganti Irfan Bakti terus jadi tanda tanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persoalan mengenai siapakah ketua jurulatih baharu yang bakal mengemudi Kuching City FC setelah Irfan Bakti meletak jawatan masih menjadi tanda tanya.

Malah, pelbagai spekulasi semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu mengaitkan bekas pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Ishak, 46 pengemudi baharu The City Boys. 

Bagaimanapun, perkara tersebut belum ada kesahihannya dan pengisian jawatan tersebut masih belum diumumkan.

Menurut Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman, pihaknya akan mengumumkan siapa ketua jurulatih Kuching City FC dalam masa terdekat ini.

“Mengikut perancangan memang kita mahu umumkan nama ketua jurulatih baharu itu hari ini.

“Kita belum dapat berbuat demikian dan tunggu dalam sedikit masa lagi,” tegas Fazzrudin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu sebentar tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan