ARTIKEL

LIGA SUPER 2023: Sentuhan pertama Firdaus untuk Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING:  “Kemenangan tetap menjadi buruan kami tatkala turun menentang Kelantan FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok”.

Itu janji awal disuarakan Pemangku Ketua Jurulatih Kuching City FC, Firdaus Morshidi yang dilihat gambaran sebagai membalas kepercayaan diberikan pihak pengurusan terhadap dirinya bagi mengemudi perlawanan ke-17 pasukan tersebut.

“Satu penghormatan bagi saya apabila diberi mandat mengemudi pasukan untuk mengharungi  perlawanan malam esok.

“Apa pun, kemenangan tetap berada dalam radar dalam usaha memperoleh tiga mata yang begitu dihajati sebagai memperbaiki kedudukan sedia ada,” ujar Firdaus kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau akui, segalanya bukan mudah kerana sedar pasukan pelawat kini dalam proses untuk sama bangkit.

Bagaimanapun tegas Firdaus, segalanya tidak mustahil untuk direalisasikan dengan syarat pemain mampu menterjemah strategi yang akan diguna pakai pada perlawanan malam esok dengan sebaik mungkin.

“Kami merancang dengan baik, berdasarkan kekuatan yang ada selain cuba menuntut semua pemain diturunkan malam esok bijak memanfaat kelemahan pasukan lawan,” tambah anak jati kelahiran Kampung Balai Ringin itu.

Baca lain  Padang bola standard FIFA

Bagi Firdaus, tiada masalah untuk dirinya cuba memastikan penampilan pemain berada di tahap maksima.

Mengambil kira pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh bersama dua bekas bos (Irfan Bakti dan Sulaiman Hussin) sebelum ini.

“Walaupun, mungkin timbul sedikit kerisauan terhadap prestasi pemain baharu yang kini dalam proses menyesuaikan diri dengan rakan-rakan mereka.

“Diharap sentuhan pertama saya bersama The City Boys malam esok menjadi dan berupaya memastikan tiga mata berharga dapat diperoleh,” jelas Firdaus sambil turut menyeru kehadiran peminat ke Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

BERITA TERBARU

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk