ARTIKEL

Pedro Henrique (tengah) bersama rakannya meraikan jaringan pada awal perlawanan tersebut. - FOTO KC FC

Liga Super 2024/2025: Kuching tewas di Likas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Hasrat Kuching City FC untuk mengutip sebarang mata pada aksi ketiga mereka dalam kempen Liga Super 2024/2025 tidak kesampaian.

Ia berikutan kekalahan tipis 2-1 anak-anak buah Aidil Sharin Sahak ketika menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.

Kuching City mendahului saingan menerusi gol awal jaringan Pedro Henrique Cortes Oliveira Gois pada minit ke-64.

Kelebihan mendahului dengan satu gol itu gagal di Pertahanan oleh pasukan ‘City Boys’ apabila tuan rumah berjaya bangkit untuk menjaringkan dua gol menerusi Darren Lok pada minit ke-74 (penalti) dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew pada minit ke-85.

Ia merupakan kekalahan pertama Kuching City, sekali gus menyaksikan mereka kini menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul hanya dua mata setakat ini.

Aksi sama rancak diperaga pemain kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan, cuma Sabah dilihat bernasib baik memenangi perlawanan tersebut.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi