ARTIKEL

Penyerang Kuching City FC, Abdul Rahim Abdul Razak (kanan) cuba merampas bola daripada kawalan pemain Hougang United. | FOTO KC FC

Liga Super 2024: Aidil terus pantau prestasi pemain Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak tidak mahu tergesa-gesa untuk memuktamadkan kesebelasan utama pasukannya meskipun anak-anak buahnya telah mengharungi empat aksi kompetitif pada penampilan Piala Sabah Maju Jaya 2024 baru-baru ini.

Menurut Aidil, pembabitan pemainnya dalam kejohanan tersebut bukan penanda aras bagi memuktamadkan senarai pemain kesebelasan utama yang akan diberi kepercayaan memburu kejuaraan.

Bahkan, kata jurulatih kelahiran Singapura itu, beliau masih mempunyai masa ke arah itu dan enggan memikirkan terlebih dahulu perkara tersebut.

“Masih terlalu awal untuk memuktamadkan barisan bayangan kesebelasan utama.

“Kita percaya semua pemain berkemampuan untuk berada dalam kelompok tersebut,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Skuad ‘City Boys’ berprestasi cemerlang pada saingan empat penjuru Piala Sabah Maju Jaya 2024 yang berlangsung dari 29 April hingga 5 Mei lalu apabila muncul pemenang tempat ketiga selepas berjaya menumpaskan Hougang United dengan jaringan 2-0.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli